Program Intel @ Keusahawanan
18 Oktober 2015 | Aktiviti TerkiniPada 17 Oktober 2015, Pusat Internet 1 Malaysia Serasot dengan kerjasama PI Sibuluh dan Krokong telah mengadakan program Intel (Keusahawanan) bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Serasot. Program ini telah melibatkan peserta-peserta yang terdiri daripada belia kampung. Program ini bertujuan untuk memberikan pengenalan kepada keusahawanan, meningkatkan daya saing keusahawanan dan pembangunan rancangan pemasaran. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah Program Intel(Keusahawanan), sesi soal jawab dan kuiz keusahawanan. Tayangan video keusahawanan turut diselitkan untuk memberikan pemahaman kepada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: